تحميل كتاب أدب الحوار في الإسلام pdf

تحميل كتاب أدب الحوار في الإسلام pdf

الكاتب: محمد سيد طنطاوي

التقييم:3.40

Goodreads

Buku ini merupakan kajian tentang Adab Dialog Dalam Islam yang diambil daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunah al-Nabawiyyah serta kata-kata ulama r.a. Ia menjelaskan bahawa syariat Islam membuka pintu perbahasannya yang bijaksana berdasarkan mantik yang betul, adab yang tinggi dan kebebasan mengeluarkan pendapat dalam lingkungan ilmu yang berguna, kefahaman yang tajam, percakapan yang baik serta hati yang bersih daripada sifat bongkak dan riak, hasad, pentingkan diri sendiri, ikut nafsu, ego dan prejudis tanpa sebab atau bukti munasabah.

Adab Dialog Dalam Islam turut memaparkan bahawa dialog sesama manusia adalah penting kerana manusia tidak terlepas daripada berdialog sesama mereka dalam hubungan sehari-hari dan dalam urusan yang berkait dengan makan, minum, pakaian, ubat-ubatan, hak dan kewajipan. Perbezaan pandangan antara manusia dari aspek tujuan, matlamat dan fikrahnya juga merupakan satu perkara yang penting. Perbezaan ini disebabkan beberapa faktor yang antaranya, terang nyata dan ada juga yang tersembunyi. Syariat Islam menggariskan beberapa prinsip dalam berbahas, berdebat ataupun berdialog agar ia berlaku dalam suasana yang membina dan hasil yang dicapainya adalah baik.

Pengarang turut memaparkan beberapa bentuk dialog yang berlaku antara para rasul dengan kaum mereka, yang berkisar di sekitar keesaan Allah, hari Akhirat, hisab, dosa dan pahala serta dialog tentang al-Quran dan kata-kata yang diucapkan oleh orang yang bodoh sombong tentang hal ini serta jawapan Allah ke atas mereka. Turut dipaparkan ialah ebberapa contoh dialog yang berlaku antara ahli kitab secara amnya dan Bani Israel khususnya, serta dialog dengan orang munafik yang mengucapkan apa yang tidak ada dalam hati mereka. Dialog dalam bentuk soal jawab antara orang baik dengan orang jahat, ataupun di kalangan orang jahat sesama mereka dan orang baik sesama mereka serta dialog antara ahli syurga dengan ahli neraka turut dipaparkan.